SHOWCASE UPIN & IPIN THE MUSICAL DI MUZIUM NEGARA (PENTAS UTAMA JEJAK UPIN & IPIN) SETIAP SABTU & AHAD SEPANJANG DISEMBER 2011, 12PM & 3PM) Hai kawan-kawan, kini, Showcase Upin & Ipin the Musical yang dipentaskan di Muzium Negara, Kuala Lumpur setiap Sabtu & Ahad, pukul 12 tengah hari & 3 petang sepanjang Disember 2011 ini telah dipindahkan ke pentas utama Upin & Ipin... Auditorium Muzium Negara, tempat asalnya tidak dapat digunakan atas sebab-sebab tertentu. Namun begitu, Team Upin & Ipin the Musical tetap gigih menghiburkan pengunjung ke Karnival Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara ini. SHOWCASE UPIN & IPIN THE MUSICAL DI AUDITORIUM MUZIUM NEGARA (SABTU & AHAD SEPANJANG DISEMBER 2011, 12PM & 3PM) Tak sabar menanti kedatangan April 2012 untuk menonton persembahan Upin & Ipin the Musical. Kini, penonton boleh menonton "Showcase" Upin & Ipin the Musical di Muzium Negara, setiap Sabtu & Ahad sepanjang Disember 2011 ini. Showcase akan diadakan pada pukul 12 tengahari & 3 petang. Showcase selama 30 minit ini bakal mengetengahkan 5 lagu-lagu, antaranya Sahabat Selamanya (PADI), Mari Membaca (PADI), Mari Bermain (Pak Ngah), Gosok Gigi (Pak Ngah) & Selamat Pagi (Pak Ngah). Bagi mereka yang merasakan bahawa menonton persembahan setakat 30 minit itu seperti tak puas.... Apa tunggu lagi? Dapatkanlah tiket persembahan Upin & Ipin the Musical yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 14 April - 6 Mei 2012 di www.ticket2u.biz ataupun di telefon hotline tiket +603-4147 8600 ataupun beli terus di 11 cawangan Ticket2U sekarang! | |||
SIDANG MEDIA 1 (29 JULAI 2011, ISTANA BUDAYA) |
Watak-watak |
Watak-watak bersama Suara Asal Upin & Ipin (Asyiela) |
Upin & Ipin: Betul, betul, betul. |
Sidang media untuk mengumumkan pementasan Upin & Ipin the Musical telah selesai dilangsungkai pada 29 Julai 2011. Terima kasih tidak terhingga daripada kami di Les' Copaque Production Sdn. Bhd. (LCP) dan CTRA Production kepada rakan-rakan media yang hadir untuk membantu kami mempromosikan teater ini. Tidak lupa kepada kawan-kawan dari Istana Budaya, LCP & CTRA yang turut menjayakan majlis ini.