Akan Datang... Di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Akan Datang... Di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Laman web tiket: www.ticket2u.biz

Tiket Pementasan Upin & Ipin the Musical Kini Dijual!!!

Tiket Pementasan Upin & Ipin the Musical Kini Dijual!!!
Tiket persembahan kini dijual di 11 cawangan Ticket2u, kaunter Box-Office Istana Budaya serta secara online. Sila Klik pada imej ini untuk membeli tiket secara online

Di Sebalik Tabir

Uji Bakat Terkini (13 Disember 2011), 10 pagi - 6 petang di Studio Taming Sari, Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Waaa... kami telah mengadakan 1 sesi uji bakat tambahan bagi mencari pelakon yang pandai berlakon, menari & menyanyi. Uji bakat ini diadakan di ASWARA pada 13 Disember 2011. Nampaknya kali ini, peserta-peserta yang datang untuk menghadiri uji bakat lebih bersedia berbanding dengan 4 sesi uji bakat sebelum ini yang telah berlangsung pada 13, 14, 20 & 21 Ogos 2011. Daripada 93 peserta yang hadir ke sesi Uji Bakat di ASWARA ini, 24 berjaya terpilih dan diambil sebagai pelakon. Nak tengok gambar-gambar uji bakat?

Sesi memanaskan badan di luar Studio Taming Sari, ASWARA
Adik Wafi (5 tahun) bershuffle
Comelnya...

Berita Adik TV9 pun ada
Wah.... Aksi breakdance

Astro Awani pun ada..



Uji Bakat (13, 14, 20 & 21 Ogos 2011) di Istana Budaya

  Wah! Meriahnya Istana Budaya masa sesi uji bakat Upin & Ipin. Pada jam 9 pagi dah lobi Istana Budaya dan kaunter pendaftaran sesak dengan mereka yang berminat untuk menyertai uji bakat ini. Kami telah berjaya menguji bakat 650 orang. Itu pun, ada juga yang kecewa sebab datang lambat dan tidak dapat diuji.

Ada juga kawan-kawan yang datang dengan rasa cemas, tidak kurang juga yang menunjukkan bakat-bakat mereka yang hebat dalam gimnastik, shuffle, akrobatik dan macam-macam lagi. Tahniah diucapkan kepada semua.

Hampir 700 peserta telah mengambil bahagian dalam uji bakat yang berlangsung di Istana Budaya sepanjang 4 hari ujibakat pada 13, 14, 20 & 21 Ogos 2011. Seramai 120 peserta telah disenarai pendekkan untuk ke uji bakat kedua.